CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

12 October 2009

Kesedihan yang melanda~

belakangan ini, terlalu banyak perkara yang berlaku pada diri ini.... perkara-perkara ini bukan sahaja melibatkan saya seorang, namun perkara ini melibatkan individu yang lain..... bukan mudah untuk menerima semua perkara yang berlaku ini... walaupun hatiku perit menjerit dan menafikannya, tetapi otakku masih tidak membenarkan hatiku memenangi dan mengawal keadaan.... perit untukku menghadapi segalanya yang berlaku.... dalam masa tidak kurang daripada 1 minggu, kebencian dan kemarahan yang tidak ku sangka-sangkakan telah menutupi pintu hatiku untuk menerima segala alasan dan rayuan maaf.... aku tidak memahami perkara yang berlaku... semuanya berlaku secara tiba-tiba... adakah ini ujian daripada-Nya? ya, saya yakin ini merupakan salah satu ujian daripada-Nya.... sesungguhnya, semua manusia berhak diberi kemaafan.... aku tidak pernah menafikan hal itu.... namun sekarang, sukar untuk aku memaafkan orang yang telah mengecewakan aku... mengapa? mengapakah ini terjadi? sedangkan, sebelum ini, aku senang bersamanya, aku gembira bersamanya, aku sedih juga bersamanya..... dia merupakan seorang rakan dan teman yang setia dan baik dalam semua aspek..... tetapi kini, semua pandangan baik ku terhadapnya lesap begitu sahaja.... adakah apa yang diperkatan oleh kawan-kawan saya yang lain itu benar? aku tidak mahu mempercayainya... namun kini, aku terpaksa menerima segala-galanya kerana bukti telah terbentang luas di depan mataku.... namun, aku menahan segala sebak di dada..... pada suatu hari, aku dan rakan ku telah memberanikan diri untuk menjelaskan segala-segalanya.... itu merupakan kali pertama dalam hidup aku, aku menjelaskan segala-galanya melalui perkataan.... namun, ia tidak berjalan dengan lancar.... memandangkan aku dan rakanku itu pertama kali melakukan penjelasan sebegitu rupa, perbualan kami dipenuhi dengan ge;lak tawa kerana ketidakselesaan kami berdua... namun, perkara ini tidak disenangi oleh individu tersebut.... kami menyusun sepuluh jari memohon maaf di sini, kerana itu merupakan perkara yang baharu dan asing bagi kami berdua..... segala perkara yang tidak disenangi kami, kami jelaskan kepadanya.... namun, masa tidak mengizinkan, jadi, ada perkara yang tertinggal... tidak mengapa.... kami bersetuju untuk meneruskan penjelasan kami pada waktu selepasnya... namun, kami terkejut dengan apa yang berlaku..... dia menangis! hmmm..... aku mengesyaki sesuatu..... mungkin angkara kami yang telah menyebabkan dia menangis..... tetapi mengapa dia tidak mengaku sewaktu aku menyoalnya.... hmm.... mungkin dia ingin memendam segala-galanya untuk dirinya sendiri..... segalanya tidak berakhir begitu sahaja.... pabila petang melanda, peprangan hati bermula sekali lagi... kali ini, hati aku semakin parah.... parah dengan kata-katanya.... bukan sahaja aku, rakanku juga turut sakit..... hmm.... adakah kami berdua yang salah? adakah kami yang salah? kami berdua termenung pada malam itu.... hati kami tidak henti-henti bergolak..... air mata aku turun secara tidak disangka sewaktu aku memeluk bantalku..... aku menangisi persahabatan aku yang entah ke mana sekarang..... aku sedih.... sedih dengan apa yang berlaku..... namun, aku tetap gagah bangun dan berlakon seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.... aku tetap senyum dan gembira meneruskan hidup aku walaupun hati aku masih terluka.... mungkin aku memerlukan masa untuk pulih.... mungkin.... tetapi, hati yang telah kecewa adalah sama seperti kaca yang telah pecah yang sukar untuk disambung kembali..... ia memerlukan masa yang banyak.... aku akan cuba... cuba untuk melepaskan segala-galanya... sekarang.... berilah aku masa.... jikalau hatiku terbuka, kita akan kekal seperti dahulu kala, jikalai tidak, maafkanlah aku.....

0 comments: