hmm... pada jam 1 petang tadi, saya menerima satu pesanan ringkas daripada maryam..... dia mengajak saya ke rawang.... dan, kedua-dua ibu bapa saya membenarkan saya mengikuti maryam, erdem dan ibu mereka ke rawang... setibanya disana, kami terus menuju ke ria, parkson.... dan kami telah membeli-belah di sana selama 2 jam... saya telah membeli sepasang kasut untuk menggantikan kasut saya yang agak uzur ini... selain itu, saya telah membeli sehelai seluar jeans.... bukan sahaja itu, saya telah membeli satu minyak wangi... saya juga telah berkongsi duit dengan maryam membeli bekas pensil untuk adik-adik saya... selepas penat membeli-belah, kami menjamah selera di sebuah kedai kopitian di tingkat bawah pusat membeli-belah..... selepas itu, kami pun pulang ke rumah.... sambung belajar untuk peperiksaan esok hari... hehe^_^
29 November 2009
25 November 2009
`HSA~
i love floral because it gives me peace for my mind and soul....
i admire sunshine because it shows me to the world...
i like rainy because no one can see me crying in it...
i'm a friend of charming stuffs because it gives me reasons to smile...
i'm mad of fairy tales because it makes me imagine and think...
i want loving person so that i can love and deserved to be love
i feel the rocking muscles because i have a passion for it
AND
i think i'm a butterfly as i like to go around and not to be in a place for too long...
not everyone can understand
that thing above....
only HSA's knows that
it really means....
those were written by butterfly queen which is my sister, karthi, for her beloved HSA's group members including vikhna, mageswari, salini, maariyaye, pavitra, jayashree and puraanee......
Posted by liyana at Wednesday, November 25, 2009 0 comments
NaMEs....
these were written by my sis few months ago.....
vikhanapriya~
V - values me very well
I - irresistable charm
K - kind
H - harmless
N - never gives up
A - adventerous
P - practically speaking
R - red apples of my heart
I - immaginative
Y - young
A - adaptable
jayashree~
J - jovial
A - always with smile
Y - youthful
A - argumentative
S - sentimental
H - hardworking
R - respective
E - easily makes friend
E - enemy too
liyana~~
L - loving
I - immaginative
Y - young
A - attractive
N - nice to everyone
A - alone....not at all
Puraanee~
P - patient
U - unstoppable mouth
R - respective
A - ambitious
A - adventurous
N - nice to everyone
E - enemy at times
E - everyone is her friend
those are some of it... i'll post the rest when i'm free.....
by,
karthiapurani thiruganaselvan
Posted by liyana at Wednesday, November 25, 2009 0 comments
21 November 2009
Apa itu.....CinTA....?
Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
Posted by liyana at Saturday, November 21, 2009 0 comments
16 November 2009
majlis mohon restu....
hari ini, murid tingkatan 5 dikumpulkan untuk majlis minta restu daripada para guru yang mengajar di tingkatan 4 dan tingkatan 5..... majlis dimulakan dengan ucapan daripada pn zakiah sebagai wakil tuan pengetua dan diikuti oleh en ganesan sebagai wakil para guru tingkatan 4 dan tingkatan 5... selepas ucapan-ucapan tersebut, kami pun berpaling ke belakang dan memulakan majlis minta restu itu.... kami pun beratur satu persatu dan bersalaman dengan guru-guru.... ada guru yang mengangis... dan ada guru yang mencium pipi saya.... bukan sahaja ciuman daripada pn zarinah, tapi saya juga mendapat ciuman daripada pn suriathy dan pn maizon.... saya juga mendapat kata-kata semangat daripada guru-guru.... semua guru mengharapkan kejayaan daripada saya... saya berharap saya tidak akan menghampakan mereka.....insyaAllah....
Posted by liyana at Monday, November 16, 2009 0 comments
14 November 2009
.........................
hmmm... saya buntu... buntu.... saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan lagi.... mengapa semua ini terjadi sedangkan segala-galanya sudah pun selesai.... sudah SELESAI... saya tidak mengerti.... bukan senang untuk kembali seperti dahulu... bukan senang... awak perlulah faham keadaan kitorang.... saya tahu saya salah.... saya tahu saya salah... tapi... tolonglah... saya merayu.... bukan saya tak nak baik macam dulu lagi.... tapi tak senang... tak senang seperti yang awak cakap..... saya pun nak exam dah.... awak janganlah cakap benda-benda macam ni lagi.... saya merayu sangat... saya tak faham.... saya tak faham mengapa kami MESTI baik semula seperti dulu dalam waktu terdekat ni? kenapa? awak kata supaya spm kitorang fun.... fun? apa maksud fun pada awak? kata-kata awak dan pesanan ringkas yang awak hantar pada saya telah banyak mengguris hati saya.... kata-kata awak menundingkan jari kesalahan pada saya.... seperti saya sengaja tidak mahu berbaik dengan dia.... saya dah baik dengan dia... saya dah berbaik dengan dia.... saya dah selesaikan segala-galanya.... dia masih lagi rakan saya.... masih lagi rakan saya.... cubalah fahami apa yang saya rasa..... saya sedih tatkala bergaduh dan berpaling muka dengan dia.... tapi, sekarang saya dah berbaik dengannya... saya sudah memohon maaf daripadanya.... apa lagi yang tak betul??? apa lagi????? saya betul-betul tak faham la.... saya tak faham.... saya betul-betul tak faham.... awak boleh tak jangan campur hal kami bertiga? saya tahu awak baik dengannya... awak ambil berat tentang kami... tapi, tak semestinya awak perlu mengetahui segala-galanya.... saya tak rasa awak patut tahu tentang ini.... saya dah tak larat la... tak larat sangat-sangat..... tolonglah.... saya merayu sangat-sangat.... janganlah ungkit-ungkitkan hal ini lagi... saya dah tak larat... dan saya tahu saya yang bersalah.... maafkanlah saya... maafkan saya....
Posted by liyana at Saturday, November 14, 2009 0 comments
