cinta lahir dalam hati dan bukan dalam bicara.
cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa. cinta pada Allah sahaja yang abadi
ramai orang pandai mengucapkan dan menghayati cinta, tetapi tidak ada sesiapa pun yang pandai menilai cinta kerana cinta bukannya objek yang boleh dilihat dengan mata kasar, sebaliknya cinta hanya boleh dimiliki melalui hati dan perasaan.
cinta memang indah, tetapi apabila cinta disertai dengan dusta dan pembohongan, maka, keindahan cinta itu akan pudar dan hilang.
cinta tidak boleh dipaksa. nantikan kehadirannya dengan sabar.. cinta datang pada saat yang tak terduga.. dan, jangan lari daripada cinta kerana cinta itu indah...
cinta tak harus saling memiliki..
cinta sangat misteri. punya kekuatan yang sangat luar biasa. bukan untuk difahami tetapi untuk dirasa. cinta adalah mencintai dan dicintai oleh insan yang ditakdirkan untuk kita. hanya saat kita merasakan cinta, kita akan tahu apa itu cinta.
cinta bukan dari kata-kata, tetapi dari segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan.
jikalau kita tiba-tiba jatuh cinta pada sahabat sendiri, perasaan itu jangan kita tunjukkan kerana cinta akan merosakkan nilai sebuah persahabatan yang merupakan anugerah daripada Allah.
03 August 2009
*Cinta~
Posted by liyana at Monday, August 03, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment