hari ini, guru kaunseling telah meyediakan ceramahteknik menjawab soalan kimia untuk murid-murid kelas 5 sains 1, 2 dan 3. kami semua menerima berita ini sewaktu perhimpunan. setelah perhimpunan, kami pun berpusu-pusu pulang ke kelas masing-masing.... tiada siapa pun yang teringat akan ceramah teknik menjawab tersebut yang bakal diadakan pada pukul 8 pagi.... jadi, kami semua pun belajar dan beromong kosong sementara menunggu ketibaan guru.... tiba-tiba, satu suara seperti kilat telah mengejutkan semua orang.... suara itu kepunyaan cikgu zalina... dia memarahi kami dan mengarah kami semua untuk beredar ke dewan dengan segera kerana penceramah telah tiba dan sesi ceramah akan dimulakan tidak lama kemudian.... setelah kami tiba di dewan, alangkah terkejutnya kami kerana dewan belum disusun lagi.... kami pun segera mengemas dan menyusun tempat duduk.... ceramah pun bermula... penceramah merupakan guru kimia daripada SMK Slim..... kami sangkakan sesi ceramah kali ini tidak berubah seperti yang sesi-sesi yang diadakan sebelum ini....tetapi alangkah terkejutnya apabila cikgu tersebut membuka bicara... bahasanya, cara percakapannya, intonasinya, seperti seorang yang, errrr..... berlagak..... apa yang keluar daripada mulut saya adalah 'menyampahnya dengan cikgu ni....' ceramahnya panjang berjelar dan saya tidak menafikan bahawa dia sememangnya seorang yang hebat tetapi, caranya tidak menyenangkan semua orang.... dia terlalu bangga dengan diri sendiri, terlalu berterus-terang, dan menyebabkan kami merasakan diri kami ini tidak berguna.... sesinya berjalan selama 3 jam... aduh! sakit pinggangku tatkala sesi itu telah berjalan selama 2 setengah jam..... saya terpaksa menahan kesakitan.... hmmmm.... nasib baik saya mendapat ilmu yang sepatutnya saya dapat.. jikalau tidak, saya mungkin sudah menyesal kerana hadir ke ceramah yang sebegitu rupa....
11 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment