saya sangkakan hari ini merupakan hari yang indah baginya... namun, panggilan telefonnya telah mematahkan anggapan saya.... penat saya menanyakan sebab yang menyebabkannya sebegitu rupa, namun dia enggan bersuara..... malam tadi merupakan sambutan hari jadinya.... sambutan itu dianjurkan oleh rakan-rakannya.... pada mulanya, mereka telah berjanji untuk berkumpul pada jam 7.30 petang di sebuah restoran yang mereka biasa kumpul.... tetapi, alangkah terkejutnya saya apabila dia memberitahu saya bahawa rakan-rakannya membiarkannya menunggu seorang diri selama sejam.... selepas itu, mereka hanya berlagak seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku.... hmm... selepas itu, dia memberitahu saya bahawa rakannya menyediakan sebiji kek untuknya... hmm.. saya terkejut mendengarnya dan sedikit rasa gembiri meniti di hati saya.... tetapi, kegembiraan saya lesap pabila dia memberitahu bahawa rakannya menyediakan sebiji kek berperisa yam untuknya... saya tahu dia tidak menyukai yam... kini, terbentang luas di mata bahawa rakannya tidaklah seikhlas yang saya sangkakan..... bukan itu sahaja, mereka telah menyediakan sebatang lilin, hanya sebatang... tetapi, mancis pun mereka tidak ada untuk menyalakan lilin yang sebatang itu.... hmmm.. saya rasa, mereka semua tidak ada hak untuk digelar sebagai seorang RAKAN... mereka tidak pernah memikirkan tentang perasaan orang lain... mereka tidak pernah memikirkan tentang rakan mereka.... mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri.... mereka hanya tahu mempergunakan orang lain sahaja... mereka hanya tahu meggunakan kelembutan hati dan kebaikan seseorang itu... mereka tidak pernah berasa bersalah.... mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan... saya sungguh kecewa dengan sikap mereka... saya tidak pernah menyangka bahawa orang sebegitu rupa wujud di dunia ini.... tidak kusangka......
07 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment