hmmm... saya buntu... buntu.... saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan lagi.... mengapa semua ini terjadi sedangkan segala-galanya sudah pun selesai.... sudah SELESAI... saya tidak mengerti.... bukan senang untuk kembali seperti dahulu... bukan senang... awak perlulah faham keadaan kitorang.... saya tahu saya salah.... saya tahu saya salah... tapi... tolonglah... saya merayu.... bukan saya tak nak baik macam dulu lagi.... tapi tak senang... tak senang seperti yang awak cakap..... saya pun nak exam dah.... awak janganlah cakap benda-benda macam ni lagi.... saya merayu sangat... saya tak faham.... saya tak faham mengapa kami MESTI baik semula seperti dulu dalam waktu terdekat ni? kenapa? awak kata supaya spm kitorang fun.... fun? apa maksud fun pada awak? kata-kata awak dan pesanan ringkas yang awak hantar pada saya telah banyak mengguris hati saya.... kata-kata awak menundingkan jari kesalahan pada saya.... seperti saya sengaja tidak mahu berbaik dengan dia.... saya dah baik dengan dia... saya dah berbaik dengan dia.... saya dah selesaikan segala-galanya.... dia masih lagi rakan saya.... masih lagi rakan saya.... cubalah fahami apa yang saya rasa..... saya sedih tatkala bergaduh dan berpaling muka dengan dia.... tapi, sekarang saya dah berbaik dengannya... saya sudah memohon maaf daripadanya.... apa lagi yang tak betul??? apa lagi????? saya betul-betul tak faham la.... saya tak faham.... saya betul-betul tak faham.... awak boleh tak jangan campur hal kami bertiga? saya tahu awak baik dengannya... awak ambil berat tentang kami... tapi, tak semestinya awak perlu mengetahui segala-galanya.... saya tak rasa awak patut tahu tentang ini.... saya dah tak larat la... tak larat sangat-sangat..... tolonglah.... saya merayu sangat-sangat.... janganlah ungkit-ungkitkan hal ini lagi... saya dah tak larat... dan saya tahu saya yang bersalah.... maafkanlah saya... maafkan saya....
14 November 2009
13 November 2009
pesanan ringkas......
sedang saya asyik menelaah buku sejarah saya, tiba-tiba telefon bimbit saya mendendangkan lagu kegemaran saya.... saya pun melayan lagu itu sebelum membaca pesanan ringkas yang baru sahaja sampai ke tangan saya... selepas lagu itu berhenti, saya pun buka pesanan ringkas yang dihantar oleh seseorang.... begini bunyinya: jika kamu memiliki seseorang, terimalah dia seadanya. jangan terlalu mengaguminya. anggaplah dia manusia biasa. apabila sekali dia melakukan kesalahan, bukan mudah bagi kamu memaafkannya. akhirnya kamu kecewa kerana meninggalkannya, dan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya... fikirkanlah yana... hmmmm....... saya tak pernah masuk campur apa-apa urusannya... mengapa dia sibuk-sibuk ingin ambil tahu dan masuk campur dalam hal saya?! suka hati sayalah kalau saya nak gaduh ke, nak baik ke, tak nak baik ke, nak macam mana pun... mengapa dia perlu masukkan dirinya dalam permasalahan kami? siapa dia? apa hak dia untuk masuk campur dalam hal kami?! saya tak pernah cari masalah dengan awak la!!! kenapa awak nak masuk ke dalam lembah permasalahan kami jugak? pernah terlintas di fikiran awak yang saya akan naik angin?! masalahnya sekarang, saya dah bagitau awak yang masalah kitorang dah selesai dan mengapa awak sibuk-sibuk nak tahu jugak??!!!!! saya tak faham!!! penting sangat ke masalah kitorang ni kat awak? sampai awak nak jugak masuk campur, jaga tepi kain orang lain??? sudahlah.... janganlah awak ungkit-ungkitkan lagi masalah kitorang ni... saya dah maafkan die pun.... awak jangan risau... saya dan pun berbaik dengan die.... awak jangan risau.... saya tetap berkawan dengan die.... macam dulu..... jangan risau.... OK?!
Posted by liyana at Friday, November 13, 2009 3 comments
11 November 2009
soalan yang menusuk perasaan.....
hari ini bukanlah hari yang sempurna bagi saya..... sesi teknik menjawab yang entah apa-apa, kesakitan yang terpaksa ditanggung seorang diri, ketidakmengertian tentang apa yang telah berlaku, pelajaran dan sebagainya..... sewaktu kesemua beban dan perkaran yang rumit ini melanda diri saya yang tidak seberapa ini, datang pula satu soalan yang menggamit perasaan saya... soalan yang membawa saya pulang ke nostalgia lama saya... saya sedang mencari-cari seseorang kerana dia telah menghilangkan diri ke suatu tempat.... saya sedang risau akannya... tiba-tiba, seseorang telah memanggil saya dan menanyakan soalan yang telah saya tutup dan simpannya di dalam hati saya... dia menanyakan, 'bagaimana awak, maryam dan dia?' 'apakah masalah yang dihadapi kamu bertiga?' saya terkejut dan lidah saya kelu... tatkala itu, dengan segala beban dan perasaan yang rumit di hati, ingin sahaja saya menangis sepuan-puasnya, kerana, saya tidak pernah menangisi tentang apa yang telah terjadi antara kami bertiga.... telah lama benar saya menanggung beban itu di dalam hati saya.... saya hanya membekukan diri... dia bertanya lagi, 'apa yang terjadi?' 'apa kata awak cerita kat saya?' 'mungkin saya boleh tolong...' sayang masih kaku... kaku seperti patung yang tidak bernyawa..... sayang hanya memandangnya dengan mata yang sayu dan perlahan-lahan menggelengkan kepala saya..... dia bersambung 'ok la, kalau awak tak nak cerita, tak pe... saya cuma nak bagi nasihat dan saya harap awak tak terasa atau marah...' saya mengangguk. dia pun berkata, 'saya rasa kalau awak berdua berbak semula dengan dia, kembali seperti dulu, kamcheng gila-gila punye, mesti SPM korang tahun ini fun....' kali ini, saya memprotes.... ' apa? awak ingat senang ke nak balik macam dulu?!' dia pun diam.... dan selepas itu saya bersambung... 'kitorang dah penat la.... semuanya dah selesai.... kalau boleh kitorang pun nak balik macam dulu....tapi, susahla....' hmmm.... saya sudah tidak tentu arah dan tidak mengerti apa yang patut saya lakukan lagi.... saya berharap kisah ini akan lesap buat selama-lamanya... saya juga berharap kita semua dapat bersama seperti dahulu kala... sekarang, SPM penting dan semakin dekat.... jadi, saya berharap segala persoalan dapat ditangguhkan dahulu dan fokuslah dengan apa yang bakal melanda kelak..... InsyaAllah saya akan fikir-fikirkan jalannya seepas peperiksaan nanti....
Posted by liyana at Wednesday, November 11, 2009 0 comments
teknik menjawab yang........................
hari ini, guru kaunseling telah meyediakan ceramahteknik menjawab soalan kimia untuk murid-murid kelas 5 sains 1, 2 dan 3. kami semua menerima berita ini sewaktu perhimpunan. setelah perhimpunan, kami pun berpusu-pusu pulang ke kelas masing-masing.... tiada siapa pun yang teringat akan ceramah teknik menjawab tersebut yang bakal diadakan pada pukul 8 pagi.... jadi, kami semua pun belajar dan beromong kosong sementara menunggu ketibaan guru.... tiba-tiba, satu suara seperti kilat telah mengejutkan semua orang.... suara itu kepunyaan cikgu zalina... dia memarahi kami dan mengarah kami semua untuk beredar ke dewan dengan segera kerana penceramah telah tiba dan sesi ceramah akan dimulakan tidak lama kemudian.... setelah kami tiba di dewan, alangkah terkejutnya kami kerana dewan belum disusun lagi.... kami pun segera mengemas dan menyusun tempat duduk.... ceramah pun bermula... penceramah merupakan guru kimia daripada SMK Slim..... kami sangkakan sesi ceramah kali ini tidak berubah seperti yang sesi-sesi yang diadakan sebelum ini....tetapi alangkah terkejutnya apabila cikgu tersebut membuka bicara... bahasanya, cara percakapannya, intonasinya, seperti seorang yang, errrr..... berlagak..... apa yang keluar daripada mulut saya adalah 'menyampahnya dengan cikgu ni....' ceramahnya panjang berjelar dan saya tidak menafikan bahawa dia sememangnya seorang yang hebat tetapi, caranya tidak menyenangkan semua orang.... dia terlalu bangga dengan diri sendiri, terlalu berterus-terang, dan menyebabkan kami merasakan diri kami ini tidak berguna.... sesinya berjalan selama 3 jam... aduh! sakit pinggangku tatkala sesi itu telah berjalan selama 2 setengah jam..... saya terpaksa menahan kesakitan.... hmmmm.... nasib baik saya mendapat ilmu yang sepatutnya saya dapat.. jikalau tidak, saya mungkin sudah menyesal kerana hadir ke ceramah yang sebegitu rupa....
Posted by liyana at Wednesday, November 11, 2009 0 comments
07 November 2009
tidak ku sangka.....
saya sangkakan hari ini merupakan hari yang indah baginya... namun, panggilan telefonnya telah mematahkan anggapan saya.... penat saya menanyakan sebab yang menyebabkannya sebegitu rupa, namun dia enggan bersuara..... malam tadi merupakan sambutan hari jadinya.... sambutan itu dianjurkan oleh rakan-rakannya.... pada mulanya, mereka telah berjanji untuk berkumpul pada jam 7.30 petang di sebuah restoran yang mereka biasa kumpul.... tetapi, alangkah terkejutnya saya apabila dia memberitahu saya bahawa rakan-rakannya membiarkannya menunggu seorang diri selama sejam.... selepas itu, mereka hanya berlagak seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku.... hmm... selepas itu, dia memberitahu saya bahawa rakannya menyediakan sebiji kek untuknya... hmm.. saya terkejut mendengarnya dan sedikit rasa gembiri meniti di hati saya.... tetapi, kegembiraan saya lesap pabila dia memberitahu bahawa rakannya menyediakan sebiji kek berperisa yam untuknya... saya tahu dia tidak menyukai yam... kini, terbentang luas di mata bahawa rakannya tidaklah seikhlas yang saya sangkakan..... bukan itu sahaja, mereka telah menyediakan sebatang lilin, hanya sebatang... tetapi, mancis pun mereka tidak ada untuk menyalakan lilin yang sebatang itu.... hmmm.. saya rasa, mereka semua tidak ada hak untuk digelar sebagai seorang RAKAN... mereka tidak pernah memikirkan tentang perasaan orang lain... mereka tidak pernah memikirkan tentang rakan mereka.... mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri.... mereka hanya tahu mempergunakan orang lain sahaja... mereka hanya tahu meggunakan kelembutan hati dan kebaikan seseorang itu... mereka tidak pernah berasa bersalah.... mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan... saya sungguh kecewa dengan sikap mereka... saya tidak pernah menyangka bahawa orang sebegitu rupa wujud di dunia ini.... tidak kusangka......
Posted by liyana at Saturday, November 07, 2009 0 comments
03 November 2009
hati yang memberontak
belakangan ini, saya banyak mendengar nasihat-nasihat dan kata-kata semangat daripada sguru-guru dan rakan-rakan di sekolah kerana peperiksaan SPM bakal menjelang... salah-satunya adalah bermaaf-maafan.... meminta ampun daripada ibu bapa yang pertama sekali, kemudian guru dan kemudian rakan.... hmm... menyentuh mengenai rakan, saya sudah rebah... rebah dengan pernyataan para guru dan rakan saya....hati bergolak dan memberontak tatkala mendengar pernyataan tersebut.... saya tidak tahu mengapa saya masih begitu sukar untuk menerimanya.... adakah kerana saya takut? takut disakiti lagi? atau kerana saya kecewa? kecewa dengan apa yang telah dilakukannya? segala pertanyaan ini berlari-lari di kepala saya sewaktu saya mendengar pernyataan yang dilontarkan oleh guru-guru dan rakan-rakan terdekat saya.... penat saya menjelaskan kepada mereka... sudah penat... memanglah bagi mereka, kesalahan yang dia lakukan itu tidaklah sebesar mana, tetapi bagi saya, ia bukanlah semudah yang dilihat.... ia rumit, amat rumit... dia merupakan salah seorang daripa rakan baik saya.... tidak disangka-sangka dia akan melakukan perkara sebegitu... saya tahu, saya tahu dia sudah insaf dengan kesilapannya.... tetapi, ketabahan dan gelak tawanya bersama orang lain membuat saya takut.... saya tidak pasti bahawa dia berasa bersalah atau tidak... dari mata kasar saya, dia tidak nampak sebagaimana yang saya mahu.... dia tidak nampak sedih.... hati saya tidak mahu menerima kebenaran yang dia sudah insaf... mengapa? saya tidak mengerti.... mengapa warkah terakhir? adakah itu sememangnya salam terakhir daripadanya untuk saya? saya tidak mengerti sama sekali! walaupun kami duduk bersebelahan, kami tidak bercakap... kami hanya bercakap dengan rakan-rakan yang lain.... mengapa semuanya berubah? hubungan yang saya agung-agungkan selama ini telah beubah seperti puting beliung yang melanda... dalam sekelip mata sahaja... habis segala yang ada di muka bumi ini tunggang terbalik.... saya merindui masa-masa dahulu, tatkala kami bergembira, berduka bersama-sama..... terus terang saya nyatakan di sini, saya telah lama memaafkannya... tetapi tatkala saya menatap wajahnya, saya merasakan sesuatu yang aneh... hati saya tidak dapat menerimanya.... mengapa? hati saya pernah menjerit bahawa dia tidak pernah ada inisiatif untuk memperbetulkan semuanya.... dia tidak mahu berbaik semula.... itu yang membuat hati saya lebih keras..... saya tahu bahawa dia mengerti akan perangai saya.... saya lambat marah dan cepat reda marahnya.... tetapi apabila kecewa, hati saya begitu sukar dirawat.... saya telah menafikan segala-gala yang dikatakan oleh rakan-rakan saya... sebarang kemungkinan yang memihak kepadanya... acap kali rakan-rakan menyatakan soal ini, berang saya naik.... saya membantah dengan hati yang sekeras batu.... saya tidak mahu mengalah... saya tidak mahu.... sehingga saya menyatakan kepada rakan-rakan saya yang lain bahawa biarlah perhubungan sebegini kekal hingga bila-bila... hingga ke akhir hayat saya pun.... namun, kadang kala, saya sedih.... saya sedih kerana kehilangannya..... saya degil... saya tahu saya degil... tetapi... itulah sifat sebenar saya.... saya tidak boleh mengubah apa-apa.... apa yang tertulis di sini adalah kata-kata hati saya.... telah lama saya perukkannya di dala hati saya yang kecil ini... saya tidak sanggup lagi menyimpannya.... saya perlu melepaskannya..... saya ingin maminta maaf kerana kekerasan hati saya dan kedegilan saya... saya tidak sepatutnya berbuat begitu, saya tahu... maafkan saya sekali lagi... terlalu banyak untuk saya katakan, tetapi, saya tidak tahu bagaimana untuk meneruskannya lagi.... mungkin lain hari... pabila terlintas di hati saya untuk melepaskannya, insyaAllah saya lepaskannya.... walaupun saya tidak bertegur dan bercakap dengan awak, saya harap awak tahu yang saya masih sayangkan awak..... saya sayang awak....
Posted by liyana at Tuesday, November 03, 2009 0 comments
