CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

26 October 2009

berita yang mengejutkan......

pada pagi ini, suasana riuh rendah kelas kami dipatahkan oleh satu berita yang menggemparkan.... rakan sekelas kami berada di wad ICU!! semua insan di dalam kelas 5 Sains 1 tidak mengerti apa yang berlaku.... selepas itu, kami didatangi En. Ganesan dan diberitahu bahawa rakan kami itu berada dalam keadaan kritikal.... kami tidak mempercayainya sama sekali.... cikgu-cikgu enggan memberitahu puncanya.... tetapi... kami mampu berfikir... mampu mengagak.... ini bukan perkara yang biasa.... ini sesuatu yang serius.... cikgu-cikgu memberi nasihat kepada kami semua supaya tidak memendam segala tekanan di dalam hati sendiri.... mereka juga berpesan supaya tidak membuat keputusan secara terburu-buru.... kami curiga..... adakah dia membunuh diri??? tetapi... kami tidak pasti... kami tidak melihat dengan mata kepala kami sendiri.... setelah tamat kelas tambahan, saya pun bergegas ke hospital bersama-sama dengan ibu saya... kami berjumpa dengan ibunya... ibunya kelihatan lain.... berbeza dengan sebelumnya.... dia sudah berubah... mungkin kerana dia tidak dapat menerima perkara yang berlaku.... ibunya berkata kepada kami bahawa anaknya sudah sembuh, esok dia akan sembuh..... tidak lama kemudian, kami pun masuk menjenguknya.... keadaannya sangat kritikal..... dia tidak henti-henti menggigil.... tangan dan kakinya diikat.... mungkin kerana dia meronta kesakitan.... kedua belah tangan dan kakinya sejuk.. dan kaku.... denyutan nadinya perlahan.... denyutan jantungnya pula lemah.... sangat lemah.... kondisinya tidaklah seperti yang dikatakan oleh ibunya...... dalam perjalanan pulang, saya mendapat khabar dari ibu saya bahawa doktor mengatakan bahawa dia sudah 90 peratus tiada..... saya tidak begitu terkejut.... saya sudah menjangkakannya.... memang saya sudah menjangkakannya.... ini mengikut firasat dan pengalaman saya.... hmmm... sekarang saya hanya boleh mendoakan yang terbaik untuknya..... amin~ saya juga berharap agar rakan-rakan saya yang lain tidak akan menjejaki langkahnya... kerana, akhirnya, yang merana adalah diri sendiri dan juga keluarga tercinta.... sayangilah diri anda sendiri.... janganlah sesekali membuat keputusan secara terburu-buru.....

1 comments:

雨文·雯 said...

harap harap adanya miracle..