CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

03 November 2009

hati yang memberontak

belakangan ini, saya banyak mendengar nasihat-nasihat dan kata-kata semangat daripada sguru-guru dan rakan-rakan di sekolah kerana peperiksaan SPM bakal menjelang... salah-satunya adalah bermaaf-maafan.... meminta ampun daripada ibu bapa yang pertama sekali, kemudian guru dan kemudian rakan.... hmm... menyentuh mengenai rakan, saya sudah rebah... rebah dengan pernyataan para guru dan rakan saya....hati bergolak dan memberontak tatkala mendengar pernyataan tersebut.... saya tidak tahu mengapa saya masih begitu sukar untuk menerimanya.... adakah kerana saya takut? takut disakiti lagi? atau kerana saya kecewa? kecewa dengan apa yang telah dilakukannya? segala pertanyaan ini berlari-lari di kepala saya sewaktu saya mendengar pernyataan yang dilontarkan oleh guru-guru dan rakan-rakan terdekat saya.... penat saya menjelaskan kepada mereka... sudah penat... memanglah bagi mereka, kesalahan yang dia lakukan itu tidaklah sebesar mana, tetapi bagi saya, ia bukanlah semudah yang dilihat.... ia rumit, amat rumit... dia merupakan salah seorang daripa rakan baik saya.... tidak disangka-sangka dia akan melakukan perkara sebegitu... saya tahu, saya tahu dia sudah insaf dengan kesilapannya.... tetapi, ketabahan dan gelak tawanya bersama orang lain membuat saya takut.... saya tidak pasti bahawa dia berasa bersalah atau tidak... dari mata kasar saya, dia tidak nampak sebagaimana yang saya mahu.... dia tidak nampak sedih.... hati saya tidak mahu menerima kebenaran yang dia sudah insaf... mengapa? saya tidak mengerti.... mengapa warkah terakhir? adakah itu sememangnya salam terakhir daripadanya untuk saya? saya tidak mengerti sama sekali! walaupun kami duduk bersebelahan, kami tidak bercakap... kami hanya bercakap dengan rakan-rakan yang lain.... mengapa semuanya berubah? hubungan yang saya agung-agungkan selama ini telah beubah seperti puting beliung yang melanda... dalam sekelip mata sahaja... habis segala yang ada di muka bumi ini tunggang terbalik.... saya merindui masa-masa dahulu, tatkala kami bergembira, berduka bersama-sama..... terus terang saya nyatakan di sini, saya telah lama memaafkannya... tetapi tatkala saya menatap wajahnya, saya merasakan sesuatu yang aneh... hati saya tidak dapat menerimanya.... mengapa? hati saya pernah menjerit bahawa dia tidak pernah ada inisiatif untuk memperbetulkan semuanya.... dia tidak mahu berbaik semula.... itu yang membuat hati saya lebih keras..... saya tahu bahawa dia mengerti akan perangai saya.... saya lambat marah dan cepat reda marahnya.... tetapi apabila kecewa, hati saya begitu sukar dirawat.... saya telah menafikan segala-gala yang dikatakan oleh rakan-rakan saya... sebarang kemungkinan yang memihak kepadanya... acap kali rakan-rakan menyatakan soal ini, berang saya naik.... saya membantah dengan hati yang sekeras batu.... saya tidak mahu mengalah... saya tidak mahu.... sehingga saya menyatakan kepada rakan-rakan saya yang lain bahawa biarlah perhubungan sebegini kekal hingga bila-bila... hingga ke akhir hayat saya pun.... namun, kadang kala, saya sedih.... saya sedih kerana kehilangannya..... saya degil... saya tahu saya degil... tetapi... itulah sifat sebenar saya.... saya tidak boleh mengubah apa-apa.... apa yang tertulis di sini adalah kata-kata hati saya.... telah lama saya perukkannya di dala hati saya yang kecil ini... saya tidak sanggup lagi menyimpannya.... saya perlu melepaskannya..... saya ingin maminta maaf kerana kekerasan hati saya dan kedegilan saya... saya tidak sepatutnya berbuat begitu, saya tahu... maafkan saya sekali lagi... terlalu banyak untuk saya katakan, tetapi, saya tidak tahu bagaimana untuk meneruskannya lagi.... mungkin lain hari... pabila terlintas di hati saya untuk melepaskannya, insyaAllah saya lepaskannya.... walaupun saya tidak bertegur dan bercakap dengan awak, saya harap awak tahu yang saya masih sayangkan awak..... saya sayang awak....

0 comments: