CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

29 November 2009

penat membeli-belah....

hmm... pada jam 1 petang tadi, saya menerima satu pesanan ringkas daripada maryam..... dia mengajak saya ke rawang.... dan, kedua-dua ibu bapa saya membenarkan saya mengikuti maryam, erdem dan ibu mereka ke rawang... setibanya disana, kami terus menuju ke ria, parkson.... dan kami telah membeli-belah di sana selama 2 jam... saya telah membeli sepasang kasut untuk menggantikan kasut saya yang agak uzur ini... selain itu, saya telah membeli sehelai seluar jeans.... bukan sahaja itu, saya telah membeli satu minyak wangi... saya juga telah berkongsi duit dengan maryam membeli bekas pensil untuk adik-adik saya... selepas penat membeli-belah, kami menjamah selera di sebuah kedai kopitian di tingkat bawah pusat membeli-belah..... selepas itu, kami pun pulang ke rumah.... sambung belajar untuk peperiksaan esok hari... hehe^_^

0 comments: