CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

16 November 2009

majlis mohon restu....

hari ini, murid tingkatan 5 dikumpulkan untuk majlis minta restu daripada para guru yang mengajar di tingkatan 4 dan tingkatan 5..... majlis dimulakan dengan ucapan daripada pn zakiah sebagai wakil tuan pengetua dan diikuti oleh en ganesan sebagai wakil para guru tingkatan 4 dan tingkatan 5... selepas ucapan-ucapan tersebut, kami pun berpaling ke belakang dan memulakan majlis minta restu itu.... kami pun beratur satu persatu dan bersalaman dengan guru-guru.... ada guru yang mengangis... dan ada guru yang mencium pipi saya.... bukan sahaja ciuman daripada pn zarinah, tapi saya juga mendapat ciuman daripada pn suriathy dan pn maizon.... saya juga mendapat kata-kata semangat daripada guru-guru.... semua guru mengharapkan kejayaan daripada saya... saya berharap saya tidak akan menghampakan mereka.....insyaAllah....

0 comments: